Announcement

Assalamualaikum & Gud moning semua..

Lama betul tak update blog kesayangan saya nih. Nanti mesti ingat saya dah tak aktif ke apa..alahai dari hujung tahun 2014 aritu sampai ler ke bulan Februari ni dah nak masuk Raya Cina dah pon, barulah rasanya boleh bertenang2 sket..

Dari sekecik2 hal hinggalah ke sebesar2 hal, semua kena settlekan sendiri anak beranak...uruskan anak2 ke sekolah, KAFA, transit hinggalah yg paling kecik sekali nak masuk 8 bulan nih hantar ke taska. Rasa macam dah tak cukup kaki tangan.

So, ibu2 kawan2 semua kalau rasa rindu kat saya say hi jek kat sini, sesiapa yg memerlukan barangan untuk diri sendiri terutamanya bengkung moden tu, boleh jek terus wassup saya, Umma Lacto nanti dalam masa terdekat ni saya akan restock semula banyak2 yea. Memang dapat feedback yg baik sekali dari mereka yang dah merasainya! Suka suka suka..sesapa nak try pasni boleh jek rojer2 saya yea..tungguuuu!

Okay, pasni kita akan selalu hadap laptop utk update apa2 perkembangan terkini okay.

Tqtqtqtq


Monday, January 5, 2015

Bahaya Air Kepada Bayi!

Tengok tajuknya pon dah tahu kan...
Bahaya bagi air minuman kepada bayi anda selain dari susu ibu!
Masa dulu2 mak kita selalu jek suruh bagi bayi minum air masak..masa tu pon saya tak tahu bahawa bahayanya kepada bayi. Sebab tu kita mesti selalu bertanya kepada yang lebih tahu kenapa dan apa yang bahayanya...
Okay..ni pon saya ambik masa melahirkan baby kat spital dulu..antaranya yang menyebabkan air minuman biasa ni bahaya kepada bayi ialah :

1. Boleh Merencatkan Tumbesaran
- Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan khasiatnya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Disamping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal
- Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan cepat mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3. Mengancam Nyawa
- Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupon bekas air dan puting yang tidak bersih.
- Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jengkitan.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik
- Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil 'oral water intoxication'.

***SEBENARNYA SUSU IBU SUDAH MENCUKUPI UNTUK BAYI TANPA PERLU DITAMBAH AIR ATAU CECAIR LAIN KERANA SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TERBAIK DARI YANG LAIN2!

***JIKA ANDA FIKIRKAN BAYI ANDA HAUS, BERIKAN BAYI ANDA SUSU IBU SEKERAPNYA.

***KOLUSTRUM YANG TERHASIL DI AWAL PENYUSUAN DAPAT MEMBANTU MEMBERSIHKAN PERUT BAYI DAN MENGELAKKAN SEMBELIT. TIADA AIR TAMBAHAN DIPERLUKA UNTUK PROSES.

Pinkytoots berharap semua mendapat pengalaman yang sangat istimewa ketika membeli peralatan ibu dan bayi disini.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan,
sila hubungi saya di:


Kak Lynda
Call/SMS/Whatsapp: +6017 674 7648
Facebook Page : Pinkytoots Club House
Facebook : Aslinda Lyndas
Email : pinkytoots1@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Pinkytoots | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in