Announcement

Assalamualaikum & Gud moning semua..

Lama betul tak update blog kesayangan saya nih. Nanti mesti ingat saya dah tak aktif ke apa..alahai dari hujung tahun 2014 aritu sampai ler ke bulan Februari ni dah nak masuk Raya Cina dah pon, barulah rasanya boleh bertenang2 sket..

Dari sekecik2 hal hinggalah ke sebesar2 hal, semua kena settlekan sendiri anak beranak...uruskan anak2 ke sekolah, KAFA, transit hinggalah yg paling kecik sekali nak masuk 8 bulan nih hantar ke taska. Rasa macam dah tak cukup kaki tangan.

So, ibu2 kawan2 semua kalau rasa rindu kat saya say hi jek kat sini, sesiapa yg memerlukan barangan untuk diri sendiri terutamanya bengkung moden tu, boleh jek terus wassup saya, Umma Lacto nanti dalam masa terdekat ni saya akan restock semula banyak2 yea. Memang dapat feedback yg baik sekali dari mereka yang dah merasainya! Suka suka suka..sesapa nak try pasni boleh jek rojer2 saya yea..tungguuuu!

Okay, pasni kita akan selalu hadap laptop utk update apa2 perkembangan terkini okay.

Tqtqtqtq


Thursday, September 25, 2014

Penyusuan Susu Ibu


Jawapan Kepada Soalan-soalan Anda!

Terlalu ramai orang yang akan memberikan maklumat dan nasihat yang berbeza dan bercanggah tentang penyusuan susu ibu. Akibatnya, ramai ibu yang keliru dan kurang keyakinan akibat percanggahan maklumat itu.

Disini saya akan berkongsi maklumat tentang soaljawab berkenaan penyusuan susu ibu yang saya dapat dari hospital ketika bersalin anak ke-empat. Harap dapat memberikan manfaat kepada ibu2 semua.

S : Bolehkah saya menyusukan bayi sekiranya payudara saya kecil dan tidak membesar semasa mengandung ?

J : Sudah tentu! Saiz payudara tiada kaitan dengan  keupayaan menyusu. Ramai juga ibu yang tidak mengalami sebarang perubahan payudara ketika mengandung mahupon selepas bersalin, tapi itu tidak menjejaskan keupayaan penyusuan susu ibu.

S : Adakah benar jika saya tidak menghasilkan kolestrum semasa mengandung, saya tidak akan berupaya menghasilkan susu?

J : Tidak benar. Ramai ibu menghasilkan kolustrum hanya selepas bersalin, dan masih dapat menyusu dengan baik dan sempurna.

S : Adakah saluran susu akan tersumbat jika saya tidak memerah kolustrum keluar semasa mengandung?

J : Tidak. Biasanya susu akan tetap mengalir walaupon kolostrum tidak dikeluarkan. Anda mungkin perlu memerah susu untuk disimpan selepas bersalin, jadi eloklah anda belajar cara pengendaliannya.

S : Jika bayi saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Bayi, bolehkah saya menyusuinya?

J : Sudah tentu. Bayi dalam 'Jagaan Rapi' lebih memerlukan susu. Bagitahu kakitangan yang bertugas bahawa anda ingin menyusui bayi anda. 

S : Haruskah saya menjauhi makanan tertentu?

J : Pada lazimnya, anda boleh mengambil makanan biasa anda.

S : Mungkinkah susu saya terlalu cair untuk bayi saya?

J : Tidak. Bila susu mula mengalir, kepekatannya kadangkala berubah dari berkrim kepada berair. Keadaan ini adalah normal.

S : Mungkinkah susu saya boleh kering?

J : Ini boleh berlaku tetapi keadaan ini mungkin dapat diatasi jika bayi anda menyusu dengan kerap, anda sentiasa tenang, mengamalkan pemakanan seimbang dan berehat dengan secukupnya.

S : Haruskah saya melibatkan suami dalam penjagaan bayi?

J : Sudah tentu. Bincanglah bersama diperingkat awal tentang bagaimana anda akan mennyusukan bayi nanti.

S : Adakah dengan penyusuan ibu menjejaskan payudara saya?

J : Tidak. 

S : Bolehkah saya menyusu dengan puting tenggelam?

J : Ya. BAyi mendapat susu dari payudara bukannya puting! Oleh itu, galakkan bayi anda menghisap sebanyak mungkin payudara anda, mulai dari penyusuan pertama. Semasa menyusu, bayi akan menghisap puting dengan kuat dan ini akan membantu memulihkan puting yang tenggelam.

Haa...itu lah serba sedikit info yang dapat saya kongsikan untuk ibu2 yang keliru pasal penyusuan susu ibu ni...Kalau ada lagi yang saya tertinggal, share kan jek kat sini lagi. 

Pinkytoots berharap semua mendapat pengalaman yang sangat istimewa ketika membeli peralatan ibu dan bayi disini.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan,
sila hubungi saya di:


Kak Lynda
Call/SMS/Whatsapp: +6017 674 7648
Facebook Page : Pinkytoots Club House
Facebook : Aslinda Lyndas
Email : pinkytoots1@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Pinkytoots | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in