Announcement

Assalamualaikum & Gud moning semua..

Lama betul tak update blog kesayangan saya nih. Nanti mesti ingat saya dah tak aktif ke apa..alahai dari hujung tahun 2014 aritu sampai ler ke bulan Februari ni dah nak masuk Raya Cina dah pon, barulah rasanya boleh bertenang2 sket..

Dari sekecik2 hal hinggalah ke sebesar2 hal, semua kena settlekan sendiri anak beranak...uruskan anak2 ke sekolah, KAFA, transit hinggalah yg paling kecik sekali nak masuk 8 bulan nih hantar ke taska. Rasa macam dah tak cukup kaki tangan.

So, ibu2 kawan2 semua kalau rasa rindu kat saya say hi jek kat sini, sesiapa yg memerlukan barangan untuk diri sendiri terutamanya bengkung moden tu, boleh jek terus wassup saya, Umma Lacto nanti dalam masa terdekat ni saya akan restock semula banyak2 yea. Memang dapat feedback yg baik sekali dari mereka yang dah merasainya! Suka suka suka..sesapa nak try pasni boleh jek rojer2 saya yea..tungguuuu!

Okay, pasni kita akan selalu hadap laptop utk update apa2 perkembangan terkini okay.

Tqtqtqtq


Saturday, September 20, 2014

Kepentingan Berbengkung


Salam sejahtera semua,

Hari ini saya sempat la pulak nak update pasal kelebihan dan kepentingan pemakaian bengkung bagi ibu selepas bersalin tak kira bersalin secara normal ke atau secara pembedahan (ceaserean).

Ya, kita sebagai seorang WANITA memang sangat bimbang sekiranya tubuh tidak kembali kepada bentuk asal selepas melahirkan cahaya mata. Mana tak nya, semasa proses kehamilan tubuh kita mengalami perubahan yang ketara terutama di bahagian punggung dan perut. Masa muda kurus ramping! lepas kawin dan beranak pinak...haaa...tu dia...tak sanggup nak tengok diri sendiri kat cermin. hmmmm, tu saya la bukan kata kat orang lain yer...

Selepas bersalin, berat akan berkurangan tapi bentuk atau lekuk tubuh menggeleber. Lebihan isi di sana sini mencacatkan penampilan kita. Huhuhu...sedih kan...

Jadi, bagi mengembalikan semula bentuk tubuh yang ideal, selepas bersalin jangan lupa amalkan pemakaian bengkung terutama masa dalam pantang. Lepas pantang pon lebih elok kalau nak diteruskan, memang sangat digalakkan. Cuma kita tahan atau tak ler...yer la kan, mesti rasa rimas kalo sepanjang masa nak pakai bengkung jek, dengan nak jaga baby lagi, nak mengemas rumah lagi, tu belum lagi ibu yang ada anak ramai dan nak kena uruskan satu-satu, lagi la rasa macam tak ada masa nak pakai bengkung nih, betul tak?

Macam2 jenis bengkung yang ada dijual kat pasaran. Tapi saya galakkan para ibu agar membeli bengkung yang terbaik buat diri sendiri, mahal sikit pon tak apa janji berbaloi untuk mengempiskan perut tu. Cari material yang bagus kalau boleh elakkan material dari getah pasal panas! Dah lah cuaca kita kat Malaysia ni hot sentiasa...tu yang nanti bengkung tu terperuk jek kat dalam almari last2 reput macam tu aje.

Para ibu, pemakaian bengkung yang betul dan secara konsisten dapat membantu wanita kembali langsing dan memiliki lekuk tubuh yang indah. Penggunaan bengkung ni selamat dan tidak memberi kesan negatif. Dengan cara pemakaian yang betul juga dapat memperbanyakkan susu ibu dan membantu mengatasi masalah payudara kendur.

Pemakaian bengkung boleh dimulakan seawal hari yang ketiga untuk ibu yang bersalin secara normal. Bagi ibu caeserean plak boleh menggunakan Bengkung Moden seawal 6 hari, insyaallah jangan takut, Bengkung Moden ini memang direka khas buat ibu bersalin secara ceaserean. (Ofcoz promote produk sendiri kan...)

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, ibu perlu memakai bengkung sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Sebelum memakai bengkung adalah lebih baik para ibu memulakan dengan mandi herba diikuti dengan urutan serta bertungku. Fuhh..confirm badan segar dan sihat. Kaedah ini terbaik untuk menjaga kecantikan luar dan dalam. Selepas langkah tersebut, sapukan minyak panas atau apa2 ubatan herba pilihan anda pada badan anda. Selain dapat membuang angin dan memanaskan badan, ramuan herba ini dapat membantu memecahkan lemak dan mempercepatkan penurunan berat badan.

Bengkung mestilah diikat kemas dan ketat bagi mengelakkan pengumpulan lemak dibahagian punggung dan perut. Pemakaian yang kemas akan menyokong bahagian peranakan, membantu mengempiskan perut dan menaikkan kembali punggung yang kendur.

Kalau para ibu rasa tak selesa atau rasa nak pitam ke rasa mcm pening ke longgarkan lah sedikit bengkung tu, janji selesa ikut cara kita.

Pemakaian bengkung ni kenalah dilakukan dengan penuh disiplin. Sekurang-kurangnya sampai temat tempoh berpantang iaitu 40 hari atau 44 hari.
Kalau ada supplement untuk jagaan dalaman lagi bagus macam saya amalkan produk herba Nona Ruguy. Produk ni dipercayai turun temurun, saya dari beranak satu sampailah yang ke empat masih menggunakan produk ni.

Kelebihan Berbengkung
  • Penggunaan secara kerap dan betul akan membantu merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu yang baru melahirkan anak.
  • Mengembalikan bentuk tubuh kepada yang asal.
  • Mengempiskan perut.
  • Menaikkan payudara.
  • Menegangkan kulit yang menggelember dan menguatkan otot-otot yang renggang selepas bersalin.
  • Menghalang perut dimasuki angin.
  • Menghalang peranakan turun.
  • Mengawal selera makan.
Itulah serba sikit perkongsian saya untuk ibu yang bakal bersalin. Semoga perkongsian ini memberi manfaat bukan kalian.

Terima kasih.

* Kredit to Majalah Mingguan Wanita
Pinkytoots berharap semua mendapat pengalaman yang sangat istimewa ketika membeli peralatan ibu dan bayi disini.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan,
sila hubungi saya di:


Kak Lynda
Call/SMS/Whatsapp: +6017 674 7648
Facebook Page : Pinkytoots Club House
Facebook : Aslinda Lyndas
Email : pinkytoots1@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Pinkytoots | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in